TOPIK : PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan digunakan sebelum kata nama untuk menyatakan bilangan manusia, haiwan, benda, tempat dan sebagainya.
Kata bilangan digunakan bersama-sama penjodoh bilangan.
Berikut merupakan beberapa contoh penjodoh bilangan dan penggunaannya.
Penjodoh Bilangan Penggunaan Contoh
1. gerombolan untuk kumpulan penjahat pengganas, lanun, kongsi gelap
2. tandan untuk tanaman yang bertandan pisang, pinang, kelapa sawit, kelapa
3. ruas untuk benda yang beruas buluh, tebu, rotan
4. teguk untuk minuman yang diminum air, kopi, teh
5. rangkap untuk tulisan yang berangkap pantun, sajak, syair
6. batang untuk benda yang panjang lorong, jalan, lebuh raya, sungai
7. ulas untuk isi buah-buahan durian, nangka, cempedak, manggis
8. titik untuk cecair yang menitik hujan, embun, darah, air mata
9. kaki untuk benda yang bertangkai payung, cendawan, bunga
10. kawan untuk kumpulan haiwan lembu, burung, gajah, itik
Wednesday, 14 December 2011
TOPIK : KATA TANYA
Kata tanya digunakan untuk bertanya bagi mendapatkan sesuatu maklumat.
Contoh kata tanya adalah seperti apa, bila, mengapa, bagaimana, siapa, kenapa, di mana, ke mana dan berapa.
Biasanya partikel ‘kah’ ditambah pada kata tanya.
Berikut merupakan contoh kata tanya dan penggunaannya.
Kata tanya Penggunaan
apa Bertanyakan nama haiwan, benda, tumbuhan, perkara
siapa Bertanyakan nama orang
bila Bertanyakan masa, waktu, tempoh, tarikh, hari, tahun, bulan
bagaimana Bertanyakan cara atau langkah
mana Bertanyakan tempat, lokasi, kedudukan
berapa Bertanyakan bilangan, jumlah
mengapa / kenapa Bertanyakan sebab atau punca
Kata tanya digunakan untuk bertanya bagi mendapatkan sesuatu maklumat.
Contoh kata tanya adalah seperti apa, bila, mengapa, bagaimana, siapa, kenapa, di mana, ke mana dan berapa.
Biasanya partikel ‘kah’ ditambah pada kata tanya.
Berikut merupakan contoh kata tanya dan penggunaannya.
Kata tanya Penggunaan
apa Bertanyakan nama haiwan, benda, tumbuhan, perkara
siapa Bertanyakan nama orang
bila Bertanyakan masa, waktu, tempoh, tarikh, hari, tahun, bulan
bagaimana Bertanyakan cara atau langkah
mana Bertanyakan tempat, lokasi, kedudukan
berapa Bertanyakan bilangan, jumlah
mengapa / kenapa Bertanyakan sebab atau punca
Wednesday, 7 December 2011
TOPIK : KATA NAMA


Kata Nama terbahagi kepada kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama diri. Di sini dijelaskan tentang kata nama am dan kata nama khas.
Kata nama am digunakan untuk menyebut nama sesuatu sama ada manusia, binatang, benda, tempat atau tumbuhan secara umum.
Contohnya:
Manusia - polis, murid, pekerja, kawan, ibu, kakak, nelayan,
Binatang - ular, kera, labi-labi, sesumpah, gajah, lembu, penyu
Benda - pen, kipas, komputer, kasut, pakaian, jam tangan, pasu
Tempat - tandas, pejabat pos, kedai, pasar, sekolah, taman,
Tumbuhan - bunga, pokok, sawi, terung, cili, daun
Kata nama tidak perlu ditulis menggunakan huruf besar kecuali di permulaan ayat.
Kata nama khas digunakan untuk menamai manusia, binatang, tempat dan benda secara khusus. Kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar
Contoh kata nama khas:
Manusia - Encik Kasim, Puan Laila, Firdaus, Chong Beng
Benda - Rolex (jam tangan), Proton Exora (kereta), Stabilo (pen)
Tempat - Kuala Lumpur, Seremban, SJK(C) Tshing Nian, Kedah
Binatang - Sang Belang, Si Comel, Si Tompok
Tatabahasa Bahasa Melayu

PENGENALAN
Setiap bahasa mempunyai tatabahasa atau nahu yang menjadi tunjang pembinaannya. Begitu juga dengan bahasa Melayu. Tatabahasa bahasa Melayu terdiri daripada penggolongan kata, pembentukan ayat, makna kata, peribahasa, laras bahasa dan sebagainya. Murid-murid sekolah perlu mempelajari aspek tatabahasa untuk menguasai kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid akan menjejaskan markah mereka dalam peperiksaan. Oleh itu, guru hendaklah menekankan aspek tatabahasa semasa mengajar bahasa Melayu agar murid dapat mengelakkan kesalahan tatabahasa sama ada semasa bertutur mahupun semasa menulis karangan.
Pembelajaran aspek tatabahasa bermula dari aras rendah di peringkat sekolah rendah. Apabila melangkah ke alam persekolahan menengah, murid perlu mempelajari cabang-cabang tatabahasa yang lebih meluas. Oleh itu, penguasaan tatabahasa di peringkat sekolah rendah hendaklah kukuh agar murid berupaya mengaplikasikan tatabahasa yang dipelajari di alam persekolahan menengah yang bersangkut-paut. Sesungguhnya, pembelajaran aspek tatabahasa tiada tanda noktahnya kerana bahasa Melayu turut mengalami 'transformasi'. Justeru, guru-guru hendaklah peka terhadap perubahan dan bersedia menyampaikan pembaharuan kepada anak didik agar mereka tidak ketinggalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)